Yang Terbaik
Assalamualaikum semuanya...
Entry kali ni abang rasa best untuk dikongsi.
Seringkali kita menentukan yang terbaik itu
begini, yang tidak terbaik itu begitu… namun abang punya pendapat yang berbeza.
Tiada perkara yang terbaik di dalam dunia ini untuk semua orang kerana definisi
terbaik itu ditentukan oleh keperluan semasa seseorang individu.
Mungkin menyambung belajar adalah yang
terbaik untuk diri abang dan rakan-rakan seperjuangan abang yang lain. Namun
boleh jadi bukanlah yang terbaik untuk individu yang lain.
Mungkin kerja sambil belajar adalah yang
terbaik untuk abang dan rakan-rakan abang yang lain. Tapi boleh jadi bukanlah
yang terbaik untuk orang lain.
Mungkin duduk bersama keluarga adalah yang
terbaik untuk diri abang tetapi mungkin bukan yang terbaik untuk rakan
seperjuangan abang yang lain.
Maka prinsip abang mudah. Carilah apa yang
terbaik untuk diri kita, bukan yang terbaik pada pandangan orang lain.
Setiap orang dibesarkan dalam keadaan dan
situasi yang berbeza. Suasana dan cara yang berlainan. Ibu bapa dan keluarga
yang berbeza. Rakan-rakan dan guru yang berlainan.
Mana mungkin yang terbaik untuk orang lain
akan menjadi yang terbaik untuk kita.
Kita punya upaya yang berbeza. Kemampuan
yang berlainan. Kemahiran yang berbeza. Pendapat yang berlainan.
Mana mungkin yang terbaik di mata orang
mesti jadi yang terbaik untuk diri kita.
Kerana akhirya kita yang akan melalui jalan
yang kita pilih.
Kita yang akan berhadapan onak dan duri
sepanjang perjalanan kita mengecap cita-cita.
Maka jika ada antara pembaca berasa
mustahil dalam melakukan sesuatu perkara dek kerana mulut dan kata-kata manusia
lain, renungkan…
Adakah yang mustahil bagi orang lain mesti
jadi yang mustahil untuk diri kita?
Jika tidak jawapannya, maka mulalah
mengorak langkah.
Jalan yang seakan suram menanti gelap pasti
mula akan terang dengan sekecil-kecil langkah.
In shaa Allah!
Comments
Post a Comment