Tiru Mindset Mata Sepet
Assalammualaikum
dan selamat sejahtera para pembaca yang tidak pernah jemu dengan penulisan
abang. Hehehehe....
Abang tengah
makan ‘Milk Chocolate Peanut Butter Cup’ keluaran Hershey, antara jenama coklat
yang terkenal di seluruh dunia. Malah menjadi kegilaan para peminat coklat.
Oh ya, coklat ni
yg abang makan ni sangatlah limited edition. Abang dapat pun daripada kawan
abang yang baru balik dari United Kingdom tempoh hari.
Baiklah… topik
hari ni bukanlah berkenaan coklat. Tetapi hari ini abang mahu ceritakan
pengalaman kawan abang di sana.
Jika hendak
ditulis semua, nescaya tidak cukup ruang ini untuk abang menulis, namun abang
akan kongsikan salah satu cerita beliau yang menarik minat abang.
Ianya berkenaan
golongan bermata sepet. Ya siapa lagi kalau bukan bangsa cina atau lebih mudah
dipanggil sebagai Chinese.
Di sana, United
Kingdom, boleh dikatakan majority pelajar sesebuah university itu terdiri
daripada Chinese. Ada yang pergi dengan bantuan kerajaan, ada yang pergi dengan
duit FaMa (Father Mother). Yang jumlah yang pergi menggunakan duit sendiri
adalah jauh lebih banyak daripada yang pergi melalui bantuan kerajaan.
Jika ditanya
berkenaan bagaimana ibu bapa mereka mampu menyediakan wang yang begitu banyak untuk
pelajaran mereka, kebanyakan daripada mereka menjawab bahawa ibu bapa mereka
telah menyimpan duit utk pendidikan mereka sejak mereka kecil lagi.
Abang rasa
sangat kagum dengan kesedaran menabung untuk pendidikan anak-anak yang ada pada
ibu bapa orang cina. Mereka mengajar abang sesuatu bahawa dalam kehidupan kita
ada perkara yang perlukan kita berusaha terlebih dahulu sebelum meminta bantuan
daripada orang lain.
Misalnya org
cina berusaha menyimpan duit sendiri sejak anak mereka kecil lagi. Apabila
sudah besar duit yang dikumpul kian menimbun sehinggakan bantuan kerajaan utk
menaja pelajaran anak mereka tidak lagi diperlukan.
Jadi abang dapat
simpulkan bahawa sekiranya kita mempunyai mind set utk tidak meminta bantuan
daripada orang lain, kita sebenarnya akan membina diri kita menjadi lebih hebat
daripada apa yang kita sangkakan.
Dalam kehidupan
ini abang percaya usaha adalah perkara no 1 yang perlu dilakukan di setiap
langkah yang kita orak. Kemudian sekiranya sudah habis usaha dicurahkan namun
masih menuju jalan buntu, maka di saat itulah bantuan perlu diminta.
Cukup cukup
sudah… eh ternyanyi pula hihihi
Ok lah moga kita
berjumpa lagi di masa akan datang.
Dewa mata!
Comments
Post a Comment