Dia sentiasa ada!

Assalammualaikum kakak abang adik yang baik dan comel belaka (tapi tak boleh lawan kecomelan abang lah hihi)

Abang mengeluh kepada seseorang berkenaan kepayahan hari yang abang perlu lalui. Terkadang rasa kosong menghimpit diri. Terkadang solat abang lewatkan kerana memenuhi tuntutan duniawi.
Namun apa yang abang dengar daripada ‘dia’, betul-betul menyentuh hati abang.

Katanya:
“Dunia ini adakah nikmat. Nikmat yang kecil. Syurga juga adalah nikmat. Nikmat yang sangat besar.”
“Dalam dunia ini berbillion manusia dan makhluk hidup sekali. Tetapi di syurga hanya yang terpilih akan hidup di dalamnya.”
“Cuba bayangkan. Saya ada 1 biji gula-gula yang perlu diberi kepada satu kelas yang mempunyai 40 orang pelajar. Setiap seorang akan dapat bahagian masing-masing walaupun sedikit.”
“Cuba bayangkan pula saya ada berbillion biji gula-gula yang perlu diberi kepada satu kelas yang mempunyai 10 orang pelajar sahaja. Setiap seorang akan dapat gula-gula tersebut malah tidak habis untuk dimakan.
“Begitulah kita sebenarya. Dunia ini memang payah. Dunia ini tempat untuk bersusah. Kerana nikmat yang sedikit Allah bagi perlu kita kongsi secara beramai-ramai.”
“Namun, tidak akan ada satu makhluk, tidak akan ada seorang manusia pun, yang akan ditinggalkan Allah. Semua orang Allah bagi rezeki. Sikit atau banyak itu terpulang kepada ehsan Dia”
Puas juga abang memikirkan setiap bait kata yang diucap oleh ‘dia’.

Sebenarnya orang Islam ni beruntung kerana kita mempunyai Allah yang tidak pernah meninggalkan kita. Persis seperti firmanNya dalam surah ad-Dhuha ayat ke 3:
“Bahawa Tuhanmu tidak pernah meninggalkanmu”

Oh ya sebelum abang terlupa ini kemungkinan besar menjadi blog terakhir abang untuk bulan ini. Maklumlah abang dah nak final minggu hadapan. Tolong doakan kejayaan abang ya. Abang doakan pembaca semua dimurahkan rezeki. Aaminnn!


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dakgalbi

Tiru Mindset Mata Sepet

Yang Terbaik