Menuju ke Manchester

Assalamualaikum dan selamat tengahari,

Nak sambung pasal Jelita haritu. Hehehe...

Perjalanan selama 17 jam sangat melelahkan Jelita. Transit di Dubai selama 2 jam dan duduk di dalam kapal terbang selama 15 jam bukanlah satu kebiasaan. Lame juga lah abang menunggu mesej dari beliau. 
Sorry tau abang banyak share pasal Jelita. Berjauhan la katakan. Huhuhuhu

Alhamdulillah Jelita telah selamat tiba di Manchester. Sudah 2 minggu lebih juga dia di sana. Bermakna sudah berminggu juga kami terpisah beribu batu.
Seronok juga abang mendengar cerita Jelita tentang perihalnya di sana.
Dia kata, makanan di sana agak mahal dan perlu pandai mencari lubuk yang murah untuk membeli.

Transportation dan accommodation juga agak tinggi. Benarlah orang kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.
Suhu di sana tidak pernah lagi mencecah 20 degree celcius memandangkan sekarang adalah peralihan musim daripada panas ke sejuk.
Yang tak bestnya adalah ketika mahu ke mana-mana perlu memakai sweater mahupun winter coat, even nak masak pun! Di malam hari ketika nak tidur selimut tebal atau nama lainnya Duvey sangat diperlukan. Kalau tidak Jelita kata haa tidak boleh tidur malam lah dibuatnya. Mulalah dimesejnya abang macam-macam. hahahaha

Okaylah, setakat ini sahaja perkongsian abang mengenai Jelita. Akan abang kongsi lagi berita mengenai Jelita di entri yang akan datang. hehehe

Dewa mata!

Comments

Popular posts from this blog

Dakgalbi

Tiru Mindset Mata Sepet

Yang Terbaik