Lambaian Terakhir di KLIA!!!
Assalamualaikum Viewrs abang sekalian...
Abang nak sambung pasal Jelita ni.
Seawal perkenalan abang dan Jelita di
sebuah kolej di Melaka masih segar dalam ingatan abang.
Jelita seorang yang pemalu. Begitu juga
abang hahaha.
Abang masih ingat kami bertukar-tukar
makanan with each other. It all happened behind surau near to boys residency
and café. Biasanya salah seorang akan meletakkan
makanan di tempat yang biasa, kemudian setelah diletakkan salah seorang
tersebut akan berlalu dan kemudiannya salah seorang yang lain akan mengambil
makanan yang diletakkan.
Kadang-kadang ada juga abang pegi ke café
yang Jelita biasa membeli makanan lalu abang bertanya dengan makcik café either
Jelita ada pesan any makanan atau tidak. Jika ada abang akan bayarkan then by
the time she came to take her food tadaaaa it’s paid!
Namun semua itu hanya kenangan yang mungkin
abang akan ceritakan kepada anak-anak abang (ceh!)Sekarang Jelita sudah jauh. Sudah selamat
sampai di bumi Manchester.
9/9/18 merupakan tarikh terakhir abang
melihat Jelita secara live dan melambai dia buat kali yang terakhir untuk 3
tahun akan datang ini. Huhuhu
Jika ditanya mengenai perasaan abang, abang
juga keliru. Tipu jika abang tak sedih tapi abang lebih memilih untuk memahami
situasi yang abang dan Jelita perlu lalui.
Kami berdua di dua bumi yang berbeza.
Terpisah kerana tuntutan pelajaran. Bagi abang takpa lah… abang percaya tidak
akan sia-sia jika kita melabur dan berkorban untuk mendapatkan walaupun secebis
ilmu.
Jadi kepada Jelita, belajar elok-elok di
Negara orang. Semoga akan pulang dengan kejayaan. Aaminnn!
Comments
Post a Comment