MEREKA PERGI TIADA GANTI (Part 3)

Assalamualaikum dan kita berjumapa lagi hehehe...

Rasulullah S.A.W kehilangan ibu dan bapa sejak dari kecil lagi. Ada orang tidak pernah langsung berjumpa dengan ibu dan ayah mereka. Ada orang yang kematian ibu atau ayah sebelum mereka melihat dunia lagi. Nasib setiap individu adalah berbeza. Namun yang pasti semua yang lahir ke dunia punya ibu dan ayah melainkan kisah Nabi Isa A.S.

Darjat ibu dan ayah diangkat tinggi dalam Islam sehinggakan Allah merakamkan firmanNya dalam al-Manzil, surah Luqman ayat 15 dan surah al-Ahqaf ayat 14 yang berbunyi sedemikian:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

[Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.

[al-Ahqaf 46:15]

Jelas sekali tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat ditekankan di dalam Islam lebih-lebih lagi kepada ibu yang mempunyai darjat 3 kali ganda lebih besar daripada ayah sepertimana hadis Rasulullah S.A.W yang menyebut ibu’ sebanyak 3 kali sebagai individu yang paling layak untuk dilayan sebaik-baiknya selepas Allah dan Rasulullah. Bahkan Rasulullah juga turut melarang mana-mana pemuda yang mahu menyertai perang tanpa kebenaran ibu mereka terlebih dahulu.

Sidang pembaca yang saya hormati, sedarlah bahawa ibu bapa kita dibesarkan dalam suasana dan dengan cara yang kita tidak pernah lalui. Maka mustahil untuk kita memahami mereka sepenuh hati. Kadang kita keliru dengan tindakan mereka. Sebagai kanak-kanak, jiwa kecil kita mengharapkan ibu bapa kita adalah sempurna serba dan serbi. 

Terkadang kita rasa ralat dan meluat dengan sikap mereka yang tidak masuk akal bagi kita. Namun renungkanlah... mereka menerima, menjaga, membesarkan kita walaupun ada sikap kita yang mereka kurang gemari. Tetapi mereka tetap menerima kita atas dasar anak adalah anugerah Allah. Lalu bagaimana kita sebagai anak tidak mampu menerima mereka yang semakin di penghujung hayat atas dasar berbuat baik kepada mereka adalah tuntutan agama.

Bukannya semua orang punya peluang berbakti kepada keluarga. Mampu hidup bersama ibu dan bapa sehingga akhir hatat mereka adalah nikmat yang tidak terhingga kerana bukan semua orang punya ruang untuk berbuat baik kepada ibu dan bapa. Hargailah sebelum sesal menghimpit diri.

Dewa mata!

Comments

Popular posts from this blog

Dakgalbi

Tiru Mindset Mata Sepet

Yang Terbaik