MEREKA PERGI TIADA GANTI (Part 2)

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni abang nak sambung tulisan mengenai ibu bapa. Kan abang dah cakap terlalu banyak untuk ditulis mengenai mereka. Tak cukup ruang ini untuk diberitahu segalanya. Tetapi abanh cuba ya :)

Pernah sekali abang tidak dapat menyertai sebuah program Hari Keluarga pada awal tahun ini kerana tuntutan kerja dan akademik yang tidak membolehkan abanh untuk pergi. Bahkan untuk mencari masa pulang ke Sungai Besar pun sangatlah sukar dan terbatas. Namun abanh bersyukur dengan teknologi sekarang yang membolehkan abang menelefon dan bervideo call dengan mereka. At least terubat jugalah rindu abang kepada mereka.

Abang faham kehidupan di bandar besar seperti Kuala Lumpur menuntut perbelanjaan yang besar. Untuk yang bergaji besar mungkin tidak punya masalah untuk meneruskan kehidupan. Namun untuk orang seperti abang, kehidupan di bandar memerlukan dedikasi dam motivasi yang tinggi. 

Walau bagaimanapun, abang yakin dengan ganjaran yang abang akan perolehi dengan memberi wang kepada ibu bapa. Berilah mereka sedikit daripada hasil gaji kita untuk membersihkan rezeki kita. Bayangkan... mereka juga pernah hadapi saat-saat sukar ketika membesarkan kita namun tidak sekali mereka berkira. Apabila kita sudah besar mereka sering menolak untuk menerima wang kita, tetapi tetaplah memberi. Walau tidak diungkap dengan kata-kata, dalam hati mereka berbisik bahagia.

Dalam sisi lain terlalu ramai yang salah anggap berkenaan perlunya menghormati ibu bapa. Ramai beranggapan hormat pada mereka hanya akan ada apabila mereka berjasa pada kita. Namun hakikatnya tidak. Walau mereka pernah membuang kita atau mereka pernah membinasakan kita, sampai mereka meninggal dunia, tidak tercabut tanggungjawab untuk menghormati mereka kerana kita terhasil daripada benih mereka.

Abang akan sambung huraian yang lebih mendalam di entri akan datang. Stay tuned!

Dewa mata!

Comments

Popular posts from this blog

Dakgalbi

Tiru Mindset Mata Sepet

Yang Terbaik