Ho Chi Minh City Business Trip

Assalamualaikum pembaca yang setia dan selamat sejahtera.

Hari tu abang berada di bumi yang lain sejurus abang bangun dari tidur.
Berjauhan sebanyak 2272 KM dari bumi tercinta, Malaysia. Waktu di sini lambat selama 1 jam daripada Malaysia.

Abang ke sini bukan untuk bersuka-ria ya. Abang punya kerja yang perlu abang selesaikan. Boleh dikatakan ini merupakan pertama kali abang ke luar negara atas urusan kerja. Sebelum ini pun abang ke luar negara atas urusan pelajaran.

Eh! Baru abang perasan. Abang tak pernah ke luar negara selain daripada memenuhi tuntutan kerja dan pelajaran. Ye tak ye, sebelum ni ke Jepun dan Kemboja.

Abang faham berkenaan trend anak muda sekarang yang sering mencari tempat-tempat best untuk dilawati. Lagipun Allah juga menggalakkan kita meneroka ciptaanNya. Bak kata orang dulu-dulu, jauh perjalanan, luas pemandangan. Semakin jauh kita berjalan, semakin banyak pengalaman kehidupan kita. Abang jealous betul dengan orang yang boleh travel ke sana sini. Seperti abang, dan rakan-rakan degree seperjuangan yang lain, travel dalam waktu beberapa tahun ini adalah sangat mustahil. Mana tidak nya, Isnin sehingga Jumaat kami bekerja, dan Sabtu Ahad pula kami perlu menghadiri kelas.

Namun, abang tidak berasa ralat atau terlalu kecewa dengan jadual abang ini. Abang percaya setiap orang mempunyai kemampuan dan rezeki yang berbeza. Siapa sangka abang boleh menjejak kaki di bumi Ho Chi Minh dalam saat abang sibuk menguruskan kehidupan yang terkadang abang sendiri tak terpandang. Dapat ke New Zealand tawaran belajar Degree abang tolak. Sebab abang yakin yang pelaksanaan Allah adalah terbaik.

Yang penting abang ke sini FREE jer, malah boleh claim lagi daripada company! Alhamdulillah. Dapatlah merasa duduk hotel lima bintang hehehehe.

Kebisaannya, golongan wanita sangat suka pergi ke sini. Syurga pakaian bagi mereka! Setakat yang abang kira… hmm abang tak beli pun souvenier untuk diri sendiri. Kebanyakan souveniers yang abang beli semuanya dikirim oleh kakak-kakak abang. Hahahaha. Siap video call lagi kau. Tapi kalau bawak anak kecil bagi abang tak sesuai dengan udara yang tak best, jalan sesak.

Oh ya…tidak dilupakan Jelita yang nun jauh di sana. Abang belikan sesuatu utk dia. Tapi lambat lagi lah abang boleh serahkan kepada dia memandangkan kepulangannya ke Malaysia lambat lagi.

Abang kesana pun tak banyak jalan sebab perlu balik ke Malaysia cepat ada Peperiksaan Akhir. Walaupun singkat tapi abang bersyukur banyak abang belajar. Abang belanja sedikit gambar sepanjang abang disana ye. Bye readers!!!










Comments

Popular posts from this blog

Dakgalbi

Tiru Mindset Mata Sepet

Yang Terbaik