“Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberikan manfaat”


Assalammualaikum w.b.t

Selamat petang dan salam Malaysia merdeka yang ke-61

Cuti Jumaat yang lalu abang tak ke mana pun disebabkan abang mempunyai test pada hari Sabtu dan Ahad. Pembaca sekalian doakan perjalanan degree abang dan rakan-rakan abang dipermudahkan ya!

Dalam kereta ketika menuju ke rumah dari UKM, abang tertarik dengan kata-kata Heliza Helmi di radio Ikim FM yang berbunyi

Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberikan manfaat

Ayat ni membuatkan abang sangat terkesan lalu abang google’ dan mendapati ayat tersebut 
merupakan sebuah hadis Rasululullah s.a.w yang diriwayatkan oleh HR Ahmad.

Seringkali kita teragak-agak untuk membuat 

kebaikan kepada orang lain. Ada juga yang risau 

kebaikan yang diberi akan dibalas dengan 

kejahatan. Namun, bagi abang mudah. Kita 

berbuat baik bukan untuk orang lain. Tetapi kita 

membuat baik kepada orang lain untuk kebaikan 

kita sendiri. Hal ini dirakamkan di dalam al-

Quran, surah al-Isra’ ayat ke-7 yang berbunyi:

Jika kalian berbuat baik, 

sesungguhnya kalian berbuat 

baik bagi diri kalian sendiri

Abang percaya apabila kita menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan apa-apa, Allah akan balas kebaikan kita dengan cara lain. Boleh jadi Allah akan luaskan rezeki kita, menghantar orang untuk menolong kita di saar getir atau urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya. Berbuat baik adalah tidak mudah, kadang-kadang hati kecil kita berbisik untuk tidak berbuat baik kerana takut diri akan rugi. Dulu abang pun pernah rasa begini. Hatta sekarang pun abang kadang-kadang berkira untuk menolong orang lain. Tapi itulah mujahadah dalam agama. Perjuangan kita melawan hasutan iblis dan syaitan serta godaan hawa nafsu. Apabila abang ragu-ragu untuk menolong orang abang akan yakinkan diri abang dengan berkata bahawa setiap kebaikan akan dapat balasan, tidak di atas dunia, di akhirat nanti sudah pasti.

Abang tertarik dengan kata-kata Jay Shetty dalam salah satu videonya yang berbunyi:

People didnt remember what you did, what you said 

but they would remember what you made them feel

Manusia banyak bermain dengan perasaan. Kita mengingati sesuatu atau seseorang bukan kerana perlakuan mereka kepada kita, tetapi kerana bagaimana mereka berjaya menggabungkan elemen perasaan dalam tindakan mereka. Kita mengingati sebuah kenangan kerana memori yang kita lalui memberi kesan terhadap perasaan kita, dan sesuatu yang tidak menyentuh hati kita mudah untuk dilupakan seiring dengan waktu yang berlalu pergi.

Oleh itu, berilah rasa yang positif kepada seseorang kerana dengan rasa terbentuknya sebuah kenangan yang akan diingati sampai mati. Tetapi bayangkan jika kita menyakiti hati seseorang, secara tidak langsung kita telah meninggalkan bekas-bekas luka pada koleksi memori mereka dan setiap kali mereka teringat setiap kali itu mereka membenci kita. Mahukah kita hidup dengan kebencian yang kita sendiri cipta?

Dalam kehidupan ini, semua orang nak bahagia. Semua orang mencari bahagia. Semua orang berusaha untuk bahagia. Tetapi apakah makna kehidupan ini jika kita menyakiti orang lain yang pada akhirnya kesakitan itu akan dikembalikan semula kepada kita?

Wah panjang pula entri abang pada hari ini. Apapun abang bukanlah terlalu sempurna untuk berpesan itu dan ini, tetapi abang mahu menagajak semua pembaca untuk kita sama-mana mencari kesempurnaan dalam kehidupan yang beragama. Moga kita sentiasa dalam jagaan-Nya aaminnnn!

Dewa mata!

Comments

Popular posts from this blog

Dakgalbi

Tiru Mindset Mata Sepet

Yang Terbaik