MEREKA PERGI TIADA GANTI (Part 1)


Assalamualaikum pembaca pembaca abang :)


MEREKA PERGI TIADA GANTI!!!


Tersentak abang mendengar kata-kata ini daripada seorang kenalan rapat abang. Mudah tetapi sangat 

mendalam. Fikiran abang terus terbawa kepada kedua ibu bapa abang di Sungai Besar, Selangor. 

Teringat saat abang masih kecil dan memerlukan sokongan untuk berjalan. Mereka yang pimpin. 


Saat abang tidak tahu hala tuju kehidupan, mereka yang tunjukkan. Saat abang lapar pulang dari sekolah, mereka yang sediakan makanan. Banyak lagi untuk abang sebutkan, rasanya tidak cukup ruang ini untuk abang menulis.

Ibu dan bapa abang lebih selesa abang panggil sebagai mak dan abah. Garang kedua-duanya, namun 

di sebalik sifat itu ada ketegasn yang bertujuan membentuk kami 6 beradik. Abang masih ingat kami 

adik-beradik sangat takut mendengar bunyi motor abah pulang ke rumah. Dari jauh kedengaran 

membuatkan kami kelam kabut buat itu dan ini. Berebut-rebut bilik air untuk mandi. Mana yang 

belom solat berlari menunaikan solat. Sampai macam itu takutnya kami kepada abah dek kerana 

garangnya beliau.

Sukar untuk abang fahami tindakan-tindakan mereka. Ada kala abang terfikir mak dan abah orang lain lagi best. Tetapi semakin abang menginjak dewasa, abang semakin faham erti menghargai. Jujur abang cakap bahawa abang tak selalu luangkan masa dengan mereka. Bermula seawal 13 tahun 
abang telah duduk berjauhan dengan keluarga. Abang melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah 
berasrama penuh di ibu kota. Awalnya abang dangat gembira sebab dah tak ada orang nak marah atau larang abang buat apa-apa. Rasa seperti merdeka.


Setelah tamat SPM pada tahun 2014, abang meluangkan masa 3 bulan di rumah. Sebelum masuk asrama abang kurang rapat dengan mak dan abah. Namun sejak 3 bulan di rumah, mak banyak menasihati dan meluahkan perasaannya. Sesuatu yang jarang berlaku sepanjang 17 tahun abang hidup pada ketika itu. Mulai dari detik itu abang semakin faham tentang mak dan abah. Namun abang boleh katakan semuanya agak terlambat kerana tak lama kemudian abang menyambung pelajaran Diploma di Melaka dan sekarang mengambil degree di UKM. Jauuuuhhhh daripada mak dan abah. Malah masa untuk diluang bersama semakin singkat.

Jadi kepada yang masih punya waktu untuk diluang bersama keluarga, luangkanlah! Kita tidak tahu 
bila mereka pergi, dan sesungguhnya ingatlah... mereka pergi tiada ganti.

Dewa mata

Comments

Popular posts from this blog

Dakgalbi

Tiru Mindset Mata Sepet

Yang Terbaik