Dakgalbi
My 1st Dakgalbi Moment!
Assalammualaikum w.b.t kepada pembaca yang
setia.
Hari Selasa (4/9/2018) abang berkesempatan
mencuci mata di IOI Putrajaya. Boleh dikatakan sejak abang mula bekerja jarang
juga abang ke sana. Tetapi hari tu buah hati minta temankan beli kelengkapan
dia nak sambung degree.
Dalam menemankan si dia, poket abang yang tebal
pun semakin menipis di penghujung pertemuan kami hahaha.
Sepanjang hari itu, abang makan di Restoran
Dakgalbi yang terletak di GE8. Alahhh dekat jer dengan Restoran Kfry yang
terletak selang beberapa kedai daripada Restoran Dakgalbi.
Asalnya si dia nak makan di Restoran Kfry, tapi
tempoh hari kami dah pernah makan di situ jadi abang ajaklah dia untuk cuba
makanan baru. Nasib baik si dia setuju fuhhhh.

Abang yang memang sejenis manusia yang suka
makan pun terasa sangat kenyang dengan hidangan yang disajikan. Maybe sebab ada
cheese yang banyak diletakkan membuatkan cepat rasa kenyang.
Rasanya tak lah terlalu pedas. Masih boleh
diterima tekak. Sebab abang tak prefer makan pedas. So untuk spiciness level
abang bagi 5/10... budak-budak pun rasanya boleh makan sebab tak pedas sangat.
Air kosong sejuk juga disediakan. Boleh tambah
bila-bila masa sahaja. Jadi tak perlu risau. Di bawah ni abang sertakan sedikit
gambar di Dakgalbi IOI Putrajaya.
Comments
Post a Comment