Kehidupan Kita Seperti Kenderaan di Lebuh Raya (Part 2)
Assalammualaikum pembaca setia blog abang.
Hari ni abang nak sambung entri abang berkenaan ‘kehidupan kita seperti kenderaan di jalan raya’.
Haaaa mesti semua ternanti-nanti kan sambungannya. Ni nak sambung la ni... Sebenarnya abang pun baru teringat huhuhuhu....
Ok seperti dijanjikan hari ini abang akan kupas satu persatu makna disebalik perumpaan tersebut.
Seperti dalam entri sebelum ini abang ada menulis bahawa setiap kereta di jalan raya punya matlamat atau dengan kata lain sebab mengapa mereka di jalan raya.
Begitu juga dengan kehidupan kita.
Diciptakan dan dihantar ke atas dunia bukanlah tanpa sebab dan alasan. Namun hadirnya manusia ke dunia ini untuk mempunyai matlamat dan tujuan kehidupan.
Umum tahu bahawa manusia ini dilantik sebagai khalifah, iaitu pemimpin di atas muka bumi yang luas ini.
Sehinggakan kejadian manusia menghairankan malaikat. Iyalah… manusia ini perosak muka bumi. Sampah dibuang merata. Gunung ganang, bukit bukau habis ditebangnya. Akibatnya banyak kejadian bencana alam berlaku hari demi hari.
Namun disebalik kelemahan manusia ini, Allah memberitahu kepada Malaikat bahawa Dia, Allah, lebih mengetahui tentang asbab manusia dijadikan.
Bukan setakat malaikat, malah alam semula jadi juga turut bertanya kepada Allah kerana marahkan kita.
Gunung berkata: Ya Allah, ramai manusia tidak bersyukur. Biar aku hempap sahaja mereka.
Laut berkata: Ya Allah, ramai manusia tidak bersyukur. Biar aku tenggelamlan mereka.
Namun, disebalik kemarahan Gunung dan Laut, Allah menjawab:
“Mereka hambaKu. Aku lebih kenal hambaKu”
Meski saban hari, satu demi satu dosa dan kesalahan yang kita lakukan, ada manusia yang masih tidak sedar dan bertaubat, ada yang masih leka dan seronok dengan dosa, ada yang ingkar dan bangga dengan kemungkaran yang dilakukannya, namun Allah masih membela kita.
Percayalah, Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Pengampun. Dia lebih tahu mengapa kita diciptakan, maka carilah sebabnya. Dia juga lebih tau dosa dan amalan kita, maka sentiasalah cari keampunanNya.
Pasti kita bersebab dilahirkan di dunia. Oleh itu jangan pernah putus asa dan mengalah. Cari dan cari!
Dewa mata!

Comments
Post a Comment