Dah Ikat Haritu
Assalamualaikum kepada pembaca setia abang...
Mungkin ramai gegadis di luar sana
tertanya-tanya samaada abang dah berpunya atupun belum. Pada yang mengenali
abang mungkin mereka bersangka abang sudah berkahwin, maklumlah muka abang agak
dewasa tetapi segak itu masih ada. Jika diberitahu umur abang 27 tahun pun
rasanya ramai akan percaya hahaha.
Namun umur abang tidaklah sebanyak itu.
Cukup sekadar pembaca tau abang masih muda remaja.
Oh ya…entri kali ni abang nak kongsi one of
the momentous moment in my life. Memiliki pasangan adalah impian kebanyakan
orang. Abang juga begitu.
Sewaktu zaman belajar lagi abang sudah pun
berkenalan dengan seorang gadis yang namanya abang rahsiakan tetapi bagi
memudahkan pembaca abang akan menamakannya sebagai ‘Jelita’.
Jelitakah dia? Sudah pasti.
Jelita dikhabarkan akan menyambung degree
di negara orang. Berpuluh ribu batu jauh dari abang. Berbeza musim dan zon
masa. Di University of Manchester tempat Jelita akan pergi.
Tak nak dia diambil orang, juga tak mahu
hubungan yang berusia hampir 3 tahun terputus di tengah jalan, justeru abang
tekad untuk membawa keluarga abang merisik Jelita.
Tanggal 19/8/18, Ahad, merupakan antara
detik bermakna dalam hidup abang. Rombongan keluarga sebanyak 4 buah kereta
tiba di rumah Jelita lebih kurang pada pukul 2:30 petang.
Selain daripada cincin kami juga bawa set
sembahyang, buah-buahan dan kek buah sebagai buah tangan.
Setelah bersalaman abang duduk di luar
rumah bermain bersama anak-anak buah. Jika diikutkan adat, lelaki tidak boleh
menyertai rombongan merisik sekali. Tetapi abang lapar, jadi abang join sekali.
Dalam fikiran abang mesti banyak makanan di rumah Jelita hahaha!
Setelah berbincang dan sesi menyarung
cincin berlaku, Alhamdulillah rombongan merisik abang diterima dengan baik,
kata sepakat juga tercapai.
So apa lagi… makan time!
Setakat ini sahaja entri abang berkenaan
pengalaman abang merisik Jelita. So pembaca dah boleh tau lah abang ni dah
berpunya. Punya seorang gadis jelita yang jauh di tanah orang. Abang doakan
semoga Jelita segera menamatkan degree dengan cemerlang dan pulang ke sini
dengan kejayaan. Aaminnn!
Comments
Post a Comment