Kehidupan Kita Seperti Kenderaan di Lebuh Raya (Part 1)


Assalamualaikum semua.

Apa khabar? Sihat? Abang sihat je.

Abang nak kongsi mengenai kehidupan.



Kita adalah kenderaaan di lebuh raya.
Berbeza bentuk dan gaya.
Berbeza pendapat dan idea.
Berbeza kemampuan dan upaya.
Berbeza kekuatan dan daya.
Berbeza tujuan dan hala.
Berbeza bahasa dan budaya.

Namun yang sama hanya satu, iaitu matlamat, walaupun mungkin berbeza namun matlamat yang membawa seseorang untuk berada di atas jalan raya.

Tiada manusia waras dalam dunia yang memandu tanpa matlamat. Paling tidak pun ada yang memandu tidak punya tujuan sekadar maju menghiburkan hati, maka menghiburkan hati itulah matlamat.

Setiap orang ada alasan mrngapa mereka berada di atas jalan raya. Tidak timbul jawapan ‘saje saje’ melainkan ada sebab yang mendorong mereka berada di atas jalan raya.

Walau bagaimana pun panas tidak berpanjangan, gerimis pula mendatang.

Terdapat pelbagai jenis dan model kenderaan di lebuh raya. Ada motor, ada kereta, ada lori, ada skuter. Ada Honda, ada Perodua, ada BMW, ada Volkswagen.

Dan sudah jelas lagi bersuluh, setiap kenderaan punya kekuatan dan kelemahannya sendiri.

Baiklah cukup sampai sini. Abang akan huraikan di entri akan datang. Sebelum pergi, suka abang meninggalkan saru soalan untuk pembaca berfikir sejenak.

“Apakah kaitan kenderaaan di jalan raya dengan kehidupan manusia?”

Abang pun tak pasti lah apasal sejak dua menjak ni abang macam ni hehehehe

Comments

Popular posts from this blog

Dakgalbi

Tiru Mindset Mata Sepet

Yang Terbaik