Wanita
Assalammuakaikum
w.b.t pembaca abang yang setia.
Raya Haji dah
berlalu seminggu. Kebiasaannya musim raya, tak kisah lah Raya Aidiladha atau
Aidilfitri,
para wanita yang paling sibuk buat itu dan ini. Daripada mengemas rumah
sampailah
memasak di
dapur, tak lengkapnya rasanya tanpa sentuhan seorang wanita.
Laman sosial
juga penuh dengan keluhan remaja perempuan berkenaan penatnya membasuh
pinggan di
dapur. Ramai yang tak puas hati dengan tetamu yang hanya meletak pinggan dan
enggan membersihkannya
selepas digunakan. Abang tergelak jer baca hahaha.
Teringat pula kat kakak-kakak
abang yang dulu asik pass kerja antara mereka. Maklumlah keluarga abang ada 4 orang
perempuan dan 2 orang lelaki. Kakak abang ramai jadi mereka selalu bahagi tugas
antara satu sama
lain hehehehe..... Abang pun diberikan tugas juga tapi tak lah seberat kakak-kakak abang.
Sekarang 3
orang kakak abang dah berumah tangga, tinggal lagi sorang masih solo. Abang
doakan kakak
abang yang ke-4 ni ditemukan dengan jodoh yang baik aaminnn.
Wanita sering
dikatakan lemah, tetapi dalam kelemahan wanita mereka tetap cuba menjadi kuat.
Ada sesetengah
daripada mereka bekerja melebihi kemampuan diri sendiri. Abang kagum dengan
wanita yang
tak menjadikan sisi lemah itu sebagai alasan untuk tidak bergerak ke hadapan.
Lihatlah
sekarang semakin ramai wanita hebat yang memegang jawatan tinggi seperti bekas
gabenor Bank
Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Gebenor Bank negara sekarang, Datuk Nor
Shamsiah Mohd
Yunos. Tidak ketinggalan Timbalan Perdana Menteri Wanita pertama negara,
Dato’ Seri Wan
Azizah. Trend sebegini menunjukkan peranan wanita dalam mentadbir sesebuah
komuniti
semakin diterima baik oleh masyarakat setempat. Abang sangat teruja dengan
wanita
yang bekerja
di samping tidak mengabaikan tugas sebagai isteri dan ibu di rumah. Abang pun
meragui kemampuan abang melakukan
sedemikian.
Pada pendapat
abang, amalan membandingkan tugas siapa lagi berat antara wanita dan lelaki
adalah tidak
wajar. Perbandingan kerja mengikut jantina juga mesti dihentikan. Abang selalu
percaya setiap
apa yang dicipta di muka bumi ini ada peranan masing-masing dan setiap individu
mesti ambil
tahu tentang tanggungjawab dan peranan masing-masing. Lelaki dikurniakan
kekuatan
fizikal untuk melakukan tugas-tugas berat, wanita dikurniakan sifat
lemah-lembut yang
dapat
melenturkan hati yang dingin dan keras. Lelaki dan wanita memerlukan antara
satu sama
lain, saling
melengkapi. Lelaki membimbing, wanita dibimbing. Lelaki memimpin, wanita
dipimpin.
Mana mungkin
akan adanya seorang pemimpin tanpa pengikut untuk dipimpin. Maka kombinasi
dam kolaborasi
antara lelaki dan wanita adalah sangat penting bagi memacu masa depan negara
yang mampan.
Bercakap
berkenaan wanita buatkan abang rindu kat mak abang. Sejak bekerja sambil
belajar ni
makin kurang
masa abang luangkan dengan mak. Dulu abang duduk asrama, selalu terlepas
manfaatkan
masa dengan mak. Bila dah besar ni abang akan usaha juga cari masa untuk
diluangkan
bersama. Mak abang lah segalanya. Walaupun abang dah berkahwin nanti, syurga
abang tetap
bawah tapak kaki dia. Apalah agaknya mak abang tengah buat tu...abang nak call
mak sekejap
lah.
Sampai sini
sahaja entri abang untuk hari ini. Jumpa lagi ya di masa akan datang. Abang
bercadang nak
sentuh berkenaan ibu bapa pula.
Till then have a nice day and bye korang!
Dewamata!
Comments
Post a Comment