Funeral Flowers
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca,
Hari ni macam biasa, buat kerja macam biasa. Kerja hari ni kebanyakkannya dapat disiapkan. Macam mana saya tahu kerja setiap hari adalah setiap pagi di pejabat saya akan ada morning briefing. Macam kat sekolah dulu pagi-pagi ada perhimpunan. Tapi kat sini macam berkumpul dan cakap apa yang nak dibuat hari ini. So, saya akan senaraikan siap-siap kerja hari ni. Secara tak langsung kerja semua on track.
Waktu morning briefing juga kami akan greet masing-masing dan juga ada Japanese Lesson. Director Jepun sendiri yang mengajar benda ni. Kiranya baguslah bagi kami ni berlainan warganegara dapat belajar bahasa lain. Sebelum tu, lupa nak bagitahu yang rakan pejabat saya ni berlainan bangsa, agama dan warganegara. Banyak boleh belajar sebenarnya.
Aduhhhh selalu lari topik, nak cerita pasal bunga pengebumian ni. Okay macam ini....
Pagi buat kerja macam biasa, tengahari makan di tingkat 12. Nasi dengan lauk ikan keli dan lala. Sedap ohhhhhh.... Nyam nyam nyam.... Lepas makan pegi solat lepastu masuk kerja balik. Sambung lah buat kerja. Tiba -tiba... Numa san panggil. San ni macam panggilan untuk Encik atau Cik atau Puan dalam bahasa Jepun. Kalau dalam Inggeris Ms. Numa. Okay sambung.... asyik lari topik je.
Numa san panggil masuk bilik mesyuarat kecik. Ingatkan apalah ada buat salah ke apa. Rupanya tanya pasal bunga untuk kematian orang Hindu. Aku terpinga pinga lah. Rupanya ayah salah seorang rakan sekerja meninggal. Numa san tanya pendapat nak bawa apa. Lepas tu, saya jumpa Gaya san apa yang sesuai. Saya dan Sanga san pergi cari bunga sebab saya tak tau buga macam mana.
Pergi Brickfields banyak kedai bunga. Sanga san tanya mak dia apa yang sesuai. Jumpalah satu kedai. Tanya harga untuk yang biasa dalam RM60. Harga pun okay, terus beli. Tapi kene tunggulah orang tu buat. Kami ambil keputusan, Sanga san balik pejabat, saya tunggu. Ada sebab kenapa saya nak tunggu. Sebabnya saya nak belajar pasal budaya pengebumian orang Hindu. Jenis bunga apa semua.
Rupanya mereka tiada bunga yang tertentu untung pengebumian. Cuma setiap bunga ada makna. Yang kami beli adalah bunga sundal malam. Jangan ingat pontianak je ada sundal malam tau. Hehehehe.... Ingatkan Uncle tu tipu rupanya betul. Dalam bahasa Hindu apa lah namanya, lupa pulak.
Saya ada ambil nombor uncle tu. Nama dia :
A.M. Sekaran
011 2687 3274
Laju dia buat. dia cakap 50 minit siap tapi kurang 30 minit siap. Saya sajalah korek verita psala dia, rupanya 35 tahun dah buat benda tu. Aku pun tak sampai umur tu lagi. Hahahahaha.
Kejap saya kejap aku. Sorry lah ehh. Sukahati lah blog aku. Hahahahha.
Btw, uncle and aunty ni baik je. Tanya sahaja apa-apa sebab merka ni suka berkongsi cerita. Itu je lah. Perut dah lapar. Nak makan.
Bye, sekian assalamualaikum.
Sebelum tu nak kongsi pasal saham hari ni. Saham IT bergerak aktif hari ni tapi tak macam semalam lah. Semalam index jatuh pun tapi saham saham IT meroket. Dah lama tak trade ni sebab dah set tak nak trade dulu sampailah dapat ilmu dari abang Naza dan abang Zafudin. Tapi betul lah main dengan emsi benda ni. Maybe sebab melibatkan wang ringgit dan tahu bukan senang nak cari duit ni kan....
Okaylah sekian, assalamualaikum.
Comments
Post a Comment