Dia sentiasa ada!
Assalammualaikum kakak abang adik yang baik dan comel belaka (tapi tak boleh lawan kecomelan abang lah hihi) Abang mengeluh kepada seseorang berkenaan kepayahan hari yang abang perlu lalui. Terkadang rasa kosong menghimpit diri. Terkadang solat abang lewatkan kerana memenuhi tuntutan duniawi. Namun apa yang abang dengar daripada ‘dia’, betul-betul menyentuh hati abang. Katanya: “Dunia ini adakah nikmat. Nikmat yang kecil. Syurga juga adalah nikmat. Nikmat yang sangat besar.” “Dalam dunia ini berbillion manusia dan makhluk hidup sekali. Tetapi di syurga hanya yang terpilih akan hidup di dalamnya.” “Cuba bayangkan. Saya ada 1 biji gula-gula yang perlu diberi kepada satu kelas yang mempunyai 40 orang pelajar. Setiap seorang akan dapat bahagian masing-masing walaupun sedikit.” “Cuba bayangkan pula saya ada berbillion biji gula-gula yang perlu diberi kepada satu kelas yang mempunyai 10 orang pelajar sahaja. Setiap seorang akan dapat gula-gula tersebut malah tidak habis untuk dimaka...