Posts

Dia sentiasa ada!

Assalammualaikum kakak abang adik yang baik dan comel belaka (tapi tak boleh lawan kecomelan abang lah hihi) Abang mengeluh kepada seseorang berkenaan kepayahan hari yang abang perlu lalui. Terkadang rasa kosong menghimpit diri. Terkadang solat abang lewatkan kerana memenuhi tuntutan duniawi. Namun apa yang abang dengar daripada ‘dia’, betul-betul menyentuh hati abang. Katanya: “Dunia ini adakah nikmat. Nikmat yang kecil. Syurga juga adalah nikmat. Nikmat yang sangat besar.” “Dalam dunia ini berbillion manusia dan makhluk hidup sekali. Tetapi di syurga hanya yang terpilih akan hidup di dalamnya.” “Cuba bayangkan. Saya ada 1 biji gula-gula yang perlu diberi kepada satu kelas yang mempunyai 40 orang pelajar. Setiap seorang akan dapat bahagian masing-masing walaupun sedikit.” “Cuba bayangkan pula saya ada berbillion biji gula-gula yang perlu diberi kepada satu kelas yang mempunyai 10 orang pelajar sahaja. Setiap seorang akan dapat gula-gula tersebut malah tidak habis untuk dimaka...

Ho Chi Minh City Business Trip

Image
Assalamualaikum pembaca yang setia dan selamat sejahtera. Hari tu abang berada di bumi yang lain sejurus abang bangun dari tidur. Berjauhan sebanyak 2272 KM dari bumi tercinta, Malaysia. Waktu di sini lambat selama 1 jam daripada Malaysia. Abang ke sini bukan untuk bersuka-ria ya. Abang punya kerja yang perlu abang selesaikan. Boleh dikatakan ini merupakan pertama kali abang ke luar negara atas urusan kerja. Sebelum ini pun abang ke luar negara atas urusan pelajaran. Eh! Baru abang perasan. Abang tak pernah ke luar negara selain daripada memenuhi tuntutan kerja dan pelajaran. Ye tak ye, sebelum ni ke Jepun dan Kemboja. Abang faham berkenaan trend anak muda sekarang yang sering mencari tempat-tempat best untuk dilawati. Lagipun Allah juga menggalakkan kita meneroka ciptaanNya. Bak kata orang dulu-dulu, jauh perjalanan, luas pemandangan. Semakin jauh kita berjalan, semakin banyak pengalaman kehidupan kita. Abang jealous betul dengan orang yang boleh travel ke sana sini. Sepert...

Lets Do It

Assalammualaikum my dear viewers, Today, I feel like to speak English lah hahahaha.... I woke up this morning feeling mundanely. I tried to remember the last thing I did before I fell asleep, but I failed. I sit on my bed while my eyes glued to the wall and took a deep breath. Then I knew that I have a very rough and pack week to be done. I always ran out of time. 24 hours per day, 7 days per week, 4 weeks per month and 12 months per year were never enough for me. That later I was thinking of living a very simple life. I wish I can live a simple life. Not posting anything on social media. Not telling my life to anyone. Not exposing my routine to random people. But somehow I’m afraid the consequences I have to bear upon of my deed. Yesterday I went to a coffee shop. Had a cup of hot coffee with 2 slices of delicious bread. Those dishes usually only take a quarter of hour to be finished. Buuut, yesterday was so different. I didn’t understand what took me plenty of hours in...

Sama Rupanya

Image
Assalamualaikum gang.... Mungkin ini adalah entri terakhir abang ceritakan berkenaan Jelita. Segan sebenarnya nak share pasal Jelita nii. Cuma kali ini abang mahu berkongsi sesuatu yang agak privasi. Menanti detik malam adalah sebuah penantian yang tidaklah menyakitkan, namun menggusarkan. Berdebar tak nak baca…. Abang sangkakan abang seorang sahaja yang berasa begini. Namun bila abang bertanya kepada Jelita, rupa-rupanya dia juga berasa sedemikian. Namun yang berbeza hanyalah masa yang menggusarkan Jelita. Jika abang gusar menanti malam, dia resah menanti petang. Perbezaan zon masa ini betul-betul menguji kekuatan hubungan kami. Malam di sini dan petang di sana is the only time we have to talk with each other. Technically, I am so busy during the day with abundance of works and college assignments. Thus talking during the day is kind of impossible to happen. That’s why I will benefit my night time talking and listening to Jelita every day’s tale. J elita ...

Tiru Mindset Mata Sepet

Assalammualaikum dan selamat sejahtera para pembaca yang tidak pernah jemu dengan penulisan abang. Hehehehe.... Abang tengah makan ‘Milk Chocolate Peanut Butter Cup’ keluaran Hershey, antara jenama coklat yang terkenal di seluruh dunia. Malah menjadi kegilaan para peminat coklat. Oh ya, coklat ni yg abang makan ni sangatlah limited edition. Abang dapat pun daripada kawan abang yang baru balik dari United Kingdom tempoh hari. Baiklah… topik hari ni bukanlah berkenaan coklat. Tetapi hari ini abang mahu ceritakan pengalaman kawan abang di sana. Jika hendak ditulis semua, nescaya tidak cukup ruang ini untuk abang menulis, namun abang akan kongsikan salah satu cerita beliau yang menarik minat abang. Ianya berkenaan golongan bermata sepet. Ya siapa lagi kalau bukan bangsa cina atau lebih mudah dipanggil sebagai Chinese. Di sana, United Kingdom, boleh dikatakan majority pelajar sesebuah university itu terdiri daripada Chinese. Ada yang pergi dengan bantuan kerajaan, ada ya...

Sesal Vs Gagal

Sesal Vs Gagal, yang mana satu pilihan hati? Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Okay sambung... Cuba perhatikan kenderaan di jalan raya. Ada yang besar ada yang kecil. Begitu juga manusia. Ada yang dewasa ada yang kanak-kanak. Ada yang laju ada yang perlahan. Itulah timeline kita. Ada yang impiannya cepat tercapai, ada yang lambat. Ada yang tinggi ada yang pendek. Begitulah kita manusia. Ada yang sudah berkejaya, duduk di jawatan yang tinggi. Ada juga yang sebaliknya. Ada yang cantik ada yang tidak. Itulah pandangan org kepada kita. Ada org melihat kita sebagai cantik. Ada orang tidak. Ada yang mahal ada yang murah. Itulah kemahuan kita. Ada orang gemar berbelanja kepada perkara mahal, ada orang lebih selesa memakai sesuatu yang murah. Kenderaan di jalan raya mempunyai destinasi yang berbeza. Exit highway yang berbeza. Simpang yang berbeza. Menghadapi jumlah traffic light yang berbeza. Menghadapi kesesakan lalu lintas yang berbeza. Melalui suasan dan jalan yang...

Kehidupan Kita Seperti Kenderaan di Lebuh Raya (Part 2)

Assalammualaikum pembaca setia blog abang. Hari ni abang nak sambung entri abang berkenaan ‘kehidupan kita seperti kenderaan di jalan raya’. Haaaa mesti semua ternanti-nanti kan sambungannya. Ni nak sambung la ni... Sebenarnya abang pun baru teringat huhuhuhu.... Ok seperti dijanjikan hari ini abang akan kupas satu persatu makna disebalik perumpaan tersebut. Seperti dalam entri sebelum ini abang ada menulis bahawa setiap kereta di jalan raya punya matlamat atau dengan kata lain sebab mengapa mereka di jalan raya. Begitu juga dengan kehidupan kita. Diciptakan dan dihantar ke atas dunia bukanlah tanpa sebab dan alasan. Namun hadirnya manusia ke dunia ini untuk mempunyai matlamat dan tujuan kehidupan. Umum tahu bahawa manusia ini dilantik sebagai khalifah, iaitu pemimpin di atas muka bumi yang luas ini. Sehinggakan kejadian manusia menghairankan malaikat. Iyalah… manusia ini perosak muka bumi. Sampah dibuang merata. Gunung ganang, bukit bukau habis ditebangnya. Akibatnya banyak...